Aku sering tertanya-tanya apakah hikmah manusia dijadikan berpuak-puak dan pelbagai bangsa, bahasa dan warna kulit. Bukankah itu hanya menimbulkan kekecohan dalam kalangan umat manusia??? Bukan itu hanya akan menyebabkan suatu bangsa direndahkan dan suatu bangsa disanjung tinggi??? Bukankan itu hanya menyebabkan peperangan dan perpecahan???
Aku berfikir lagi....Astaghfirullahal'azim...Apa yang ku merepek ni??? Berani sungguh aku mengutarakan perosoalan sedemikian. Maha Suci Allah daripada menjadikan sesuatu itu sia-sia. Lantaran itu, aku teringat firman Allah dalam Surah al-Hujurat Ayat 13 yang bermaksud : “Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kalian dari laki-laki dan perempuan dan Kami menjadikan kalian berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar saling mengenali. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu ialah orang yang paling bertaqwa di sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal"
Tidak setakat itu, Allah juga berfirman dalam Surah an-Nisa Ayat 36 : Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, kaum-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran yang dekat dan jiran yang jauh dan teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri".
Islam mengajar bahawa hubungan sesama manusia atas apa tingkatan sekalipun, mesti mengutamakan perdamaian, persefahaman, berbaik sangka dan perbincangan, demi mewujudkan persetujuan bersama ke arah mencapai budaya hidup yang harmoni, di kalangan sesama manusia. Islam mengajar bahawa manusia sedunia adalah diciptakan oleh Allah, Tuhan yang satu, dan semua manusia berasal dari Adam, manusia pertama yang Allah lantik sebagai nabi. Sekali gus, sebagai bapa kepada semua umat manusia sedunia.
Inilah dia asas ajaran Islam, bahawa Allah adalah Tuhan yang Maha Esa. Ini bermakna semasa hidup di dunia ini kita mesti taat sepenuhnya kepada segala peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah. Supaya kita sentiasa berhamba abdi hanya kepada Allah sahaja. Supaya kita sentiasa hidup bersatu padu, aman damai dan tenang tenteram. Dengan menjaga agama, jiwa raga, akal, keturunan dan harta benda.
Subhanallah... Sungguh indah Islam, Islam bukan sahaja mengajar umat Islam malah seluruh umat manusia. Dan Islam, agama yang membawa kita hormat-menghormati antara satu sama lain, membawa kepada persaudaraan dan tidak memandang berdasarkan lahiriahnya sahaj tetapi hati yang ada di dalamnya taqwa itu yang menjadi pilihan Allah S.W.T.
Alhamdulillah...Betapa syukurnya aku menjadi seorang MUSLIM.



