Imam Hassan



Hari ini dah masuk hari ke-4 umat Islam seluruh dunia meraikan  Aidil Adha. Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri  kepada semua pembaca blog ini dan rakan-rakan di Facebook.


Tidak di lupa juga buat keluaraga saya yang berada di Kampung. “Mak, Abah, ampun dan maaf ku pinta andai diri ini selalu menyakitkan hati dan mengguris perasaan mak dan abah. Walaupun anakmu ini berada jauh dari pangkuanmu namun kamu tetap dekat dihatiku.”  

Juga kepada sahabat-sahabtku di Kolej Dar al-Hikmah (KDH) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS), guru-guruku yang pernah membimbingku sehingga ke hari ini dan juga kepada yang mengenali diri ini serta kepada semua umat Islam di seluruh dunia.

Jika saya pernah ada tersalah bahasa, terlanjur kata dan apa jua jenis kesalahan, saya memohon kemaafan. Semoga kita kembali kepada fitrah manusia yang baik-baik bersempena dengan hari raya fitrah ini seperti bermaaf-maafan di antara satu sama lain. Buang yang keruh, ambil yang jernih.



Kita berjumpa lagi selepas hari raya nanti. Lupakan kerja dahulu dan ambillah peluang dan masa yang ada untuk mengeratkan hubungan dengan keluarga, sanak saudara dan sahabat handai. Hari raya lah antara hari yang sesuai untuk bertemu dengan mereka yang amat jarang kita bersua muka.

Selamat bergembira bersama orang yang tersayang.

Wassalam.

Yang ikhlas,
Muhd. Hassan Nawawi Bin Nusu