Imam Hassan
“Sudi tak awak kahwini saya. Kahwinilah saya. Pleaseee!! Kahwinilah saya.”
Desperado!! Jika sampai merayu, minta dikahwini, menunjukkan orang itu sangat terdesak. Andai lelaki yang melamar, normallah bagi aku. Tapi, jika sebaliknya. Arghhhh… Gila!! Memang gila!!.

Itu yang aku mimpikan semalam. Seorang pompuan melamar untuk mengahwiniku. Pompuan yang baru ku kenali dan untuk menjadikannya lebih
sadis, pompuan itu memandang kosong padaku ketika dia melamarku. Macam tiada perasaan apa2. Malu!!!!!!!

Mujur dalam mimpi. Realitinya, aku bukanlah seorang jejaka yang mudah untuk meluahkan perasaan. Bagi aku,tidak dinafikan lelaki yang patut memulakan sesuatu perhubungan. Jangan sampai orang nak kata dan digelar “
perigi mencari timba”. Aku sedar aku tak SEMPURNA. Tapi itu perlu untuk mempertahankan maruah diri.

Aku memang sering bermimpi. Semalam kubermimpi. Kelmarin kubermimpi. Minggu lepas kubermimpi. Dan minggu-minggu sebelumnya pun aku bermimpi. Mimpiku hanya mainan tidur. Mimpi yang tak membawa makna apa2. Aku bukanlah wali mahupun Rasul pilihan Allah, yang mimpinya penuh makna dan petunjuk. Dan Aku bukanlah Nabi Yusuf yang pandai mentakwil mimpi. Tapi, mengapa cerita mimpiku semalam lain sekali. Adakah kerana :

1.
Ada yang mencintaiku di dalam diam (wah… seronoknya jika ada S.A),
atau
2.
Aku yang mencinta di dalam diam, :D
atau
3.
Sememangnya aku DESPERADO.

Ohh..NOOOOOOOOOOOOOO………………..
Imam Hassan

KEBAHAGIAAN. Perkataan yang seringkali kita dengar. Dan Setiap orang mencari kebahagiaan masing-masing. Termasuk Anda, saya dan ratusan juta insan manusia lainnya di muka bumi ini. Bila Anda bertanya pada sembarang orang ‘apa yang ingin Anda dapatkan dalam hidup ini?’. Kebanyakan orang akan menjawab ‘saya ingin bahagia’ sebagai salah satu hal yang paling mereka inginkan.

Lalu, pertanyaan berikutnya muncul, ‘apakah Anda sudah bahagia?’. Ada yang bilang, ‘ya, saya bahagia’. Begitu juga, sebagian yang lain akan berkeluh-kesah ‘saya tidak bahagia’.

Ada yang mengatakan dia bahagia apabila :-

* Memiliki rumah bagus, mobil mewah, istri cantik dan anak-anak yang lucu.

* Badan sehat, hati girang, pikiran tenang, bebas hutang.

* Hidup tenteram dan tidak punya banyak masalah.

* Mendapatkan seseorang yang mencintai dan dicintai seumur hidup.

* Menjadi diri sendiri.

* Bebas melakukan sesuatu dan tidak terikat orang lain.

* Terlepas dari keadaan yang membuat stres.

dan macam-macam pendapat yang bebeza-beza.

Namun, keadaan yang mendatangkan kebahagiaan kepada seseorang tidak semestinya mendatangkan kebahagiaan kepada individu yang lain. Ia amat subjektif.

Seorang yang miskin akan merasa bahagia apabila beliau dikurniakan dengan kesenangan. Mungkin beliau mempunyai rancangan untuk membina rumah besar, berkereta besar, melancong ke sana ke mari. Namun semua ini merupakan kebahagiaan kepada seseorang yang dilahirkan di dalam keluarga yang berharta.

Seorang pencipta lagu akan merasa bahagia apabila lagunya memenangi kejuaraan dan menjadi nyanyian orang ramai. Namun semua ini tidak beerti kepada seseorang yang tidak mengenal nod-nod muzik.

Seseorang yang belum berumahtangga atau sedang bercinta, sudah tentu melihat kebahagiaan itu terletak di alam perkahwinan. Namun sejarah menukilkan individu seperti Asma Binti Bahdal, isteri kepada Muawiyah bin Abu Sufyan lebih merasa bahagia apabila kembali ke pondok buruknya yang pernah didiaminya suatu ketika dahulu.

 
Untuk kebanyakan orang, cita-cita, impian dan keinginan dikaitkan dengan kebahagiaan. Secara tidak langsung kebahagiaan menjadi matlamat hidup. Namun persoalannya, apa yang akan berlaku setelah bahagia itu tercapai?

Si miskin tadi telah membina 10 buah rumah besar, telah membeli 100 buah kereta mewah, telah melancong ke serata pelosok dunia. Lalu apa yang akan dilakukannya setelah itu?

Adakah kebahagiaan yang kita impikan selama ini adalah kebahagiaan yang benar-benar kita perlu? Atau ada sesuatu di sebalik kebahagiaan itu yang masih tersembunyi? What do you think it is?


 
Firman “Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan yang amat mengembirakan dan tempat kembali yang sebaik-baiknya.” Surah Ar-Ra’d, : Ayat 29.

 
Itulah kebahagiaan yang sebenar. Sebuah kebahagiaan yang lebih hakiki.

Wallahu’alam.

Imam Hassan



Saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 
kepada semua dan semoga tahun baru ini menjanjikan banyak kejayaan buat kita semua.
Kita perlukan kejayaan sbg hadiah kerja keras dan sikap sabar kita namun kegagalan bukan petanda kehancuran.

Kegagalan adalah petanda kejayaan yg bakal menanti.
Dugaan 2010 seharusnya menjadikan kita lebih baik. Semoga tahun baru ini menyemarakkan lagi ukhwah antara kita! Amin.

Mudah-mudahan Allah meredhai segala perkara yg kita lakukan dalam kehidupan sebelum menuju kehidupan yg lebih abadi.
Semoga 2011 penuh berkat, menjadi titik tolak permulaan kepada pencapaian positif dalam persekitaran dan kehidupan kita.

“ WINNERS WILL NEVER QUIT BUT
QUITTERS WILL NEVER WIN ”