Imam Hassan

Hmmmm…Akhirnya sampai juga penghujung semster 1. Inilah semester pertama dan terakhir. Maksud aku, pertama ialah exam first aku kt U ni. Dan terakhir  pula untuk semester satu ini. Hehehe. Sebagai pelajar kat menara gading ni….bermacam-macam ragam dan benda yang berlaku. Kadang-kadang menyusahkan, kadang-kadang membahagiakan. Tapi itulah yang perlu ku lalui. Part itu dinamakan “STUDY WEEK”.
 
Baiklah, aku suka mulakan dengan peristiwa YANG TAK BEST dululah..
  • Sepatutnya minggu study week ni, diisi dengan sesi ulangkaji ker , study grup ker dan yang sewaktu dengannya. Tapi yang bikin tension pula ada assignment tambahan lagi.   Sangkakan semua sudah disiapkan. Dalam hati marah juga, tapi terfikir sejenak, tak buat nanti tak dapat markah pula..Eiiii geramnya..
  • Lepas tu…kelas ganti pula, apa pasal la  time study week  ni semua jadi macam  serabut jak dibikin. Inilah itulah. Fuhh sabar. ‘Sabar itu separuh daripada iman”.
  • Time ni pulak aku dilanda krisis ekonomi. Tapi kenapa masa ni. Bukan lepas exam ker,.??? Aku rasa belanja  ku berpada-pada sudah. Belanja aweks xda pulak. Tapi masih kena juga. Mesti ada yang ndak beres ni. Kacau dibuatnya. Nak final ni, makan kena cukup. Kesihatan kena jaga, keselamatan pun kena jaga. Nanti tak pasal-pasal tak jawab exam…
  • Pendrive plak hilang lagi. Ini dah termasuk kali ke 4 dah hilang. Kali pertama jumpa, kedua jumpa juga kali ketiga lesap sudah. Ndak tau siapa yang curi tuh… lepas tu aku beli 4GB. Tak sampai dua bulan hilang juga. Pun di tempat yang sama,  Megaleb UMS. Dah la assignment dan tugasan nak kena hantar tiba2 jadi begini pulak.
  • Time-time macam nilah kitaran tidur ku ndak cukup 8jam. Kita kan disarankan tidur sekurang-kurangya  8jam sehari. Aku pula 3-5 lima jam jak sehari. Aku jadi tidur lambat…Kadang-kadang pagi baru tidur…mana taknya, bersengkang mata mentelaah…tapi terubat dengan sepinggan kuih pisang goring dan secawan besar air panas yang tersedia dan bila-bila sahaja untuk ku makan dan minum. Beginilah jadinya kalau study last-last minit. 

  • Raya haji tahun ni tak dapat nak beraya bersama keluarga di kampung sebab ada exam lagi.
Hmmm…sekarang aku teruskan dengan YANG BEST plak yerrr.…
  • Nama pun dh minggu study week, jadi aku pun dah mula mencongak apa yang perlu ku buat. Buat ini, buat itu, buat begini dan buat begitu. Macam-macam hal yang ku buat, agar tak nyesal kemudian hari. Tapi pada masa yang sama, takdalah sampai setiap hari depan buku jer…Otak pun kena rehat beb.
  • Kalau hujung-hujung sem nilah kitorang happy sangat, mana taknya cuti dah semakin hampir la katakan. Zizi( kawan aku). Dia  ni budak Pahang, amek kos ANSOS (Antropologi dan Sosiologi), nak dijadikan cerita, bru jer sampi kt IP dalam beberapa hari, dah cerita pasal cuti. Pastu siap book tiket plak tu…sedangkan, kuliah baru bermula 1 mggu selepas raya dan Exam pun blum start lagi. Kelakar la…

Di 1Borneo, Sabah

Bergambar di Center Point, Sabah
  • Aku dengan Awie, budak Terengganu (Psikologi Kerja Sosial), time study week ni bukan pergi study pun tapi pergi membeli-belah..tapi tak la mengalahkan kaum pompuan. Kalau pompuan, time shopping ni la mata jadi rambang. Hehe. Sory org pompuan. Sebelum bertolak, aku pun berharap tak pergi terlalu lama sebab masa nil ah sepatutnya di isi dengan pembelajaran tapi kami sebaliknya. Aku siap bawa buku dalam beg konon nak membaca lah klu ada masa2 tertentu…Hmmm upa2nya buku tu jadi pemberat syak dalam beg aku. Sentuh pun tak. Hari tu puas juga kami jalan2 ke Center Point, 1 Borneo dan pasar Filipina. Setelah penat berjalan, aku pun terpandang si tukang urut ni. Jadi aku pun try berurut dengan dia dengan bayaran RM 1 untuk tiga minit. Fuhh Yooo!!! seddaapp gila dia urut. Seluruh badan diurutnya, rasa geli tapi sedap. Macam nak tertido aku dibuatnya. Aku berbisik dalam hati, “kalaulah boleh aku bawa balik tukang urut ni!!?.”. Begitulah dia kisah “Kerusi Urut OSIM”. Tak sangka best juga jalan-jalan  ni, sampai tak sedar larut malam rupanya. Aku rasa begini mungkin orang pompuan rasa dan menikmati jalan-jalan sambil bershopping.

Aku dan Tukang Urut.

  • Aku pernah dengar orang cerita kalau nak hilangkan mengantuk dan menambahkan kesegaran ketika belajar di waktu sepertiga malam sediakan baldi atau pun besen yang berisi air lebih kurang melebihi paras buku lali. Jadi aku pun cuba-cuba. Nak tau apa rasa dia, cuba lah buat.
  • Yang ku gembira sangat, pendrive aku yang hilang tadi dah jumpa semula…Nasib baik hilang dalam tempoh 48 jam saje!!! Syukur alhamdulillah. Dan lagi tersangat happy, Adalah seorang makwe yang tersangat manis paras rupa, baik hatinya dan mulus budinya menjumpainya dan memulangkan kepadaku. Fuhh kalau ku dapat dia ni….(Cehhh, dalam hati jak) tapi silap aku tak minta no.dia. nama tak penting janji no.
  • Setiap malam, setelah balik dari makan kat restoran (aku rasa pekerja kat situ muak sudah tengok muka kami berempat : Aku, Awie, Hakim dan Azizi ) aku pergi rumah kawan, balik lewat. Tau kitorg buat apa??? Yang pastinya bukan belajar laa...Nak tau, kami layan facebook, surf internet, makan-makan minum-minum dan sembang-sembang pasal politik, cerita balik kampung dan sesi komen-mengomen pasal aktiviti di Kuliah dan Tutorial. Yang selalu jadi bahan bualan kami ialah Pandikar (gelaran staff ums yang kami geram) dan Naib Canselor UMS, Kamaruzzaman Hj. Ampon. Seperkara lagi, pasal nama-nama student yang kami rasa kalau lucu kami gelak la. (Begitu zalimnya kami)
  • “Owwwhh...oooowwwhh….hooo…balik kampung, hati girang.”Selepas habis exam.
Aku rasa, bukan aku jer yang melalui peristiwa-perisiwa  suka mahupun duka. Korang yang di luar sana pun pernah juga kan mengalaminya, cuma berbeza perisitwa  jak kan.

Moga-moga result sem ni, gempak2 belaka (Bangga mak ayah kat kampung kalau anak dia berjaya). Moga kawan-kawan semua dapat doakan kejayaan aku dalam exam kali ni.. Banyak lagi semester-semester yang perlu ku lalui pada masa hadapan.

Ok lah, tak boleh lama-lama ni, kejap lagi aku nak study. Nanti aku update lagi ya. Wassalamualaikum.:)