Imam Hassan
Sedar dan tidak, rupa-rupanya sudah hampir 4 bulan aku meninggalkan Tanah Semenanjung. Alahai cepatnya masa berlalu. Apa tidak, hari-hari buat kerja yang sama Tidur, Lepak dan Makan (TLDM). Istilah ni memang tak lari jauh la dengan kehidupan pelajar lebih-lebih lagi yang macam aku ni.



Bukan 2 bulan tapi 2 minggu lagi aku akan menghadapi PEPERIKSAAN pertama aku sebagai seorang pelajar universiti. Huuhh…makin gementar, gemuruh, dan rasa takut pun ada. Berlegar-legar di ruang otakku, apalah yang aku jawab nanti?????

Bulan lepas aku dah register tuk masuk final exam. Asalnya aku ambil tujuh subjek tapi rasa macam berat jer…So, aku pun buat keputusan ambil 6 subjek jer..Maka jadual aku pun seperti inilah :-

Isnin (08/11/10)      -  Microeconomics 1
Rabu (10/11/10)     -  Bahasa Dan Komunikasi
Jumaat (12/11/10)   -  Hubungan Etnik
Sabtu (13/11/10)     -  Principle And Practice Management
Isnin (15/11/10        -  Mathematics Business
Selasa (15/11/10)    -  Principle of Marketing

Minggu ini sahaja sudah acapkali aku berhubung dengan kedua ibubapa ku di kampung untuk meminta restu dari mereka. Moga-moga dengan restu meraka aku dapat menjawab soalan dengan sehabis baik.

"Ya Allah ampunkan dosa-dosaku dan dosa kedua ibu bapa ku, rahmatilah mereka seperti mana mereka mengasihani ku semasa daku kecil sehinggalah aku dewasa".

"Ya Allah, bukakanlah ke atasku hikmatMu dan limpahilah ke atasku khazanah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku".

"Ya Tuhanku,! Sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau sesuatu yang aku tiada mengetahui. Dan sekiranya Engkau tidak memberi ampun kepadaku, dan (tidak) menaruh belas kasihan kepadaku, nescaya aku akan termasuk orang-orang yang rugi". (QS. 11:47)

Kita sangat perlu kepada redha atau restu ibu bapa dalam semua perkara termasuk dalam membina rumah tangga,” Bayangkan kalau kita melangkah ke alam perkahwinan tanpa doa, restu atau redha ibu bapa, maka di hati kecil kita tidak akan ada keyakinan untuk menempuh alam yang baru itu.

Perkahwinan merupakan satu proses untuk menyempurnakan agama. Tapi adakah sempurna agama jika sesuatu perkahwinan itu tidak mendapat restu ibu bapa?”

Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta semata-mata umumnya tidak akan kekal lama. Kalau berkahwin semata-mata kerana cinta, cinta boleh luntur. Kalau berkahwin kerana duit, ini juga mungkin satu hari tidak stabil. Begitu juga kalau sebab kecantikan, kecantikan akan pudar akhirnya. Sebab itu Nabi s.a.w. menekankan bahawa perkahwinan itu adalah untuk menyempurnakan agama. Tanda kita betul-betul beragama, kita berkahwin mengikut sunnah Nabi,”

“Dalam hidup ini, setiap sesuatu akan dibalas. Jika kita menyakiti hati ibu bapa, apakah kita sanggup satu hari nanti anak kita melakukan perkara yang sama pada kita pula?”.

Uiiiishhh, cerita pasal kahwin pula sudah. Tersimpang jauh… Nak cerita pasal kahwin ni best juga. Oppps, Hassan cukupla?! Ok!!...Ok!! Berbalik kepada restu ini, Terngiang-ngiang di telinga ku lirik lagu ‘Ku Pohon RestuMu’- Nada Murni.

Sudah takdir Ilahi,
menguji keimanan,
Biarpun pahit berpisah,
tabahkanlah hatimu,

Selamat tinggal ayah dan ibu,
Izinkan pemergianku,
Ampuni dosa-dosaku ibu,
Halalkan makan minumku

Kupohon restumu ayah,
kupohon restumu ibu,
Untuk memulakan,
perjalananku ini,

Pergiku untuk menuntut ilmu,
menuju citaku yang satu,
Pergiku untuk menuntut ilmu,
menuju citaku yang satu

Ilmu akhirat wajib dipelajari,
Bekalan untuk temu Ilahi,
Ilmu duniawi boleh dicari,
Peluang hidup agar berbakti

Ayah dan ibu, aku merayu,
Pemergianku jangan dirindu,
Kepulanganku jangan ditunggu ,
Kerana syahid idamanku

Dari jauh salam kukirim,
buat semua yang kutinggalkan,
Air mata jangan dititiskan,
doa restu yang kuharapkan,

Kepada Allah Rabbul Izzati,
Hamba yang lemah minta dikasihi,
Pancarkan cahaya terangilah hati,
Moga ilmu mudah dipelajari,

Selamat tinggal ayah dan ibu,
izinkan pemergianku,
Ampuni dosa-dosaku ibu,
halalkan makan minumku,

Kupohon restu dariMu,
kupohon restu ayah ibu,
Kupohon restu dariMu,
kupohon restu ayah ibu…..


"Peperiksaan adalah ujian untuk ke langkah seterusnya. Manakala ilmu adalah bekalan tetap untuk kehidupan. Dan amalan pula menjadi saksi kepada kematian."
0 Responses